Monday, July 18, 2016

Phansa...

sawaddikah...

entri kali ini...
ng mahu ceritakan serba sedikit tentang budaya masyarakat Thai...
maklumlah 3 hari lagi akan masuk "Phansa"
bagi kami...sepanjang tempoh "Phansa" merupakan antara bulan mulia...pendek kata, bulan yang menggalakkan penganut agama Buddha membuat ibadah & ibadat dan amalan2 mulia...
tapi...untuk melakukan kebaikan...perlu setiap hari ya! hihihi...
barulah hidup aman dan harmoni...
berada di landasan agama...mengikut lunas2 agama...
mudah-mudahan...kehidupan kita semua diberkati...

baiklah...
berbekalkan ilmu di dada...ng akan ceritakan tentang asal usul "Wan Khau Phansa" ataupun "Hari Masuk Phansa"...make it short n sweet okay?

Hari Masuk Phansa...merupakan hari penting dalam agama Buddha...pada hari tersebut, para sami...perlu memasang niat dan bertekad untuk menetap di sesuatu tempat, iaitu mana2 wat sepanjang tempoh 3 bulan bermula pada "rem 1 kham dean 8" bulan 8...mengikut kalendar Thai k...usually akan awal sebulan dr kalendar standard yg diguna pakai...mean kalo kalendar standard still bulan 7...kalendar Thai sudah masuk bulan 8...

rasional kenapa perlu menetap di suatu tempat?
kerana pada tempoh ini...merupakan musim hujan...kalau zaman dahulu kala...hujan2 memanglah susah untuk bergerak ke mana-mana...maklumlah...nak jumpa tempat yg berbumbung pon sukar kan?plus jalan yg berlopak2...dan tiadanya bekalan elektrik dan air seperti zaman moden nieh...
itulah rasionalnya sami perlu menetap di sesuatu tempat bagi memudahkan urusan...membolehkan mereka berlindung drpd hujan dan paling penting sekali ialah menggunakan masa tersebut untuk mendalami lagi ajaran Buddha dan menyebarkannya!

dan dalam tempoh ini juga, sami akan bertandang dari rumah ke rumah setiap pagi untuk "Bintakbath"...di mana, penganut agama Buddha akan membungkus nasi, lauk-pauk, buah-buahan dan juga bunga untuk disedekahkan kepada para sami...kerana...bagi kami amalan bersedekah merupakan satu amalan mulia...lebih2 lagi bila bersedekah dengan hati yang tulus dan ikhlas...dan mempunyai niat untuk melakukan kebaikan...dan ng rasa sangat bersyukur nah...kerana di tempat ng...sami dari Wat Boonyaram masih lagi mengekalnya...syukur sangat kerana masih diberi ruang dan peluang sebegini...

dan dalam tempoh ini...para sami disarankan supaya mendalami dan mempelajari tentang agama...dan mempraktikknya dalam kehidupan seharian...dan pada masa yang sama menyebarkannya kepada orang ramai...

dan ng juga mahu kongsikan tentang salah satu adat yang dilakukan sebelum masuk Phansa...iaitu upacara "Thawai Thean Phansa"...maklumlah baru2 ini...pada hari Jumaat yang lepas, 15 Julai ng ikuti rombongan ke 9 buah wat untuk "Thawai Thean Phansa"

"Thawai" maksudnya memberikan & menyembahkan..."Thean Phansa" pula ialah sebuah lilin yang besar dan panjang...berbeza daripada lilin2 yang lain...yang rata2nya kecil sahaja...dan lilin ini akan digunakan pada tempoh "Phansa"...kerana lilin ini akan dinyalakan di tempat beribadat sepanjang tempoh ini...

actually alkisahnya...dr zaman dlu2...kan tiada bekalan elektrik lagi..pelita or lampu pon hanyalah di sesetengah tempat saja...so hanya bergantung harap pada lilin la kan...cahaya daripada lilin ini membolehkan para sami mendalami dan membaca buku2 agama pada waktu malam...cahaya lilin ynag menerangi...jadi, memudahkan para sami untuk beribadah dan membuat ibadat...

oleh sebab itulah, tercetusnya adat ataupun upacara "Thawai Thean Phansa"
di mana penduduk kampung...akan membuat sendiri lilin ini...lilin yang besar dan panjang untuk disedekahkan kepada wat...kerana ia memberi banyak manfaat...khususnya kepada para sami... amalan menyedekahkan lilin ini diibaratkan sebagai suatu amalan sedekah yang diterangi dengan cahaya...kerana amalan ini dikatakan akan menyuluh dan menerangi kehidupan seseorang individu...

bagi agama Buddha...lilin simbolik cahaya kehidupan...kerana cahaya lilin diibaratkan medium yang membolehkan seseorang bertambah ilmu pengetahuan...jelas pendengaran dan tajam penglihatannya...mean mempunyai cahaya dan keterangan dalam menilai sesuatu perkara...menerangi kegelapan dan kemalapan...

okay...sekianlah sesi ilmiah...
hehe...ng mahu santai2 plak k!

nk coretkan tentang memori "Thawai Thean Phansa" tempoh hari...

biarlah gambar membicarakan...

kami pergi dengan menaiki bas...
ng naiki bas yang pertama...
lima buah bas semuanya...

kami pergi 9 buah wat, iaitu
Wat Lampam, Wat Nanai, Wat China, Wat Plai Mai, Wat Thung Prouk,  Wat Thung Kyai, Wat Dang Pleang, Wat Mai Son dan Wat Telok Wan Jah...

dan ini pasukan wat...
pemain alat2 muzik...yang basic...

sebelum "Thawai Thean Phansa"
akan mengelilingi bangunan tempat beribadat yang dipanggil "Bod" sebanyak tiga kali
budak2 perempuan di depan akan menari manakala budak2 lelaki akan memainkan alat muzik

ni antara bahan2 yang disedekahkan...
paling penting ialah "Pa Abnam Fon" persalinan kain yang berwarna oren...dan "Thean Phansa" lilin yang besar dan panjang...
yang lain2 sebagai pelengkap sahaja...
antaranya minyak, peralatan mandi, beras...dan so on...

setiap wat mempunyai design yang tersendiri...
cantik x?

bersiap sedia untuk upacara adat...dan sembahyang...


ini ialah dekorasi dalam bangunan...tepat beribadat...
lazimnya akan dilukis dengan gambar2 yang memaparkan kisah
pengasas agama Buddha...

sami memberi sedikit ceramah dan panduan kehidupan...
ng tertarik dengan kata-kata beliau...
yang mengatakan bahawa...
titipkan doa..berdoa dengan penuh niat...dan hati yang suci dan lapang...
mohon keberkatan...pada hari masuk Phansa
agar pahala2 yang dibuat...iaitu pahala "Thawai Thean Phansa 9 Wat"
supaya pahala ini akan menyuluh dan menerangi kehidupan...
pada hayat ini dan juga hayat2 mendatang...

really like this picture...
sangat comel...hihi
maklumlah tiga superhero ni membuat muka comel...

ng dan adik sepupu...
ng tanya adik...knapa senyum mcm tu...
dia kata...alaa...akak..
comel kan Sittha senyum mcm ni?
amboi2...sepupu yang sorang ni...
pandai bercakap sungguh...

gambar lagi...ehee...

ini Wat yang keempat...

ayah mengangkat "Thean Phansa" yang paling besar sekali semasa mengelilingi bangunan wat...
gilir2 ngn ayah saudara...
maklumlah berat...
around 20kg...

again...bersiap sedia untuk sembahyang...

bangunan wat lagi...

cantik kan! really felt in love with this design & building...

lilin yang besar & panjang...
inilah "Thean Phansa"


bersiap sedia untk sembahyang lagi...
seorang wakil...menyalakan dua batang lilin dan tiga batang colok...
selalunya wakil ialah orang lelaki dan berumur...
untuk menunjukkan rasa hormat...dan sebagai cth teladan yang baik...

pintu masuk wat kesembilan...
Wat Telok Wan Jah

salah satu bangunan beribadat di Wat Telok Wanjah


perarakan "Thean Phansa"

bersiap sedia untuk sembahyang...

pada hari tersebut...ng rasa sangat gembira dan sangat bersyukur...
kerana diberi ruang dan peluang untuk "Thawai Thean Phansa"
selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup...
ng harap "Phansa" tahun ini akan memberi sinar baru dlm hidup ng...
moga berkat pahala "Thawai Thean Phansa 9 Wat"
akan menyuluh dan menerangi kehidupan ng, keluarga ng dan semua makhluk di dunia ini...
satuk3x...

 maklumlah...sudah wat terakhir kan...
so ada sedikit masa untuk bergambar...

tadaaaaa...

salam sayang drpd Nong Nit Photiwong...
hidup ini indah...
senyum2 slalu nah!

my bro...Vik Rawat Photiwong...
org selalu tanya...kenapa dia gelap?
penangan Sunday la kot...hihihi

lalalala...
gaya apa ni adik oi?
curi2 snap...hihi...sukalah gambar ni!

with daddy...

mengantuk sudah ng...sekian saja coretan kali ini...

sawaddikah...

STATUS HATI: INNER PEACE...THANKS GOD...




























No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.