Monday, July 18, 2016

Phansa...

sawaddikah...

entri kali ini...
ng mahu ceritakan serba sedikit tentang budaya masyarakat Thai...
maklumlah 3 hari lagi akan masuk "Phansa"
bagi kami...sepanjang tempoh "Phansa" merupakan antara bulan mulia...pendek kata, bulan yang menggalakkan penganut agama Buddha membuat ibadah & ibadat dan amalan2 mulia...
tapi...untuk melakukan kebaikan...perlu setiap hari ya! hihihi...
barulah hidup aman dan harmoni...
berada di landasan agama...mengikut lunas2 agama...
mudah-mudahan...kehidupan kita semua diberkati...

baiklah...
berbekalkan ilmu di dada...ng akan ceritakan tentang asal usul "Wan Khau Phansa" ataupun "Hari Masuk Phansa"...make it short n sweet okay?

Hari Masuk Phansa...merupakan hari penting dalam agama Buddha...pada hari tersebut, para sami...perlu memasang niat dan bertekad untuk menetap di sesuatu tempat, iaitu mana2 wat sepanjang tempoh 3 bulan bermula pada "rem 1 kham dean 8" bulan 8...mengikut kalendar Thai k...usually akan awal sebulan dr kalendar standard yg diguna pakai...mean kalo kalendar standard still bulan 7...kalendar Thai sudah masuk bulan 8...

rasional kenapa perlu menetap di suatu tempat?
kerana pada tempoh ini...merupakan musim hujan...kalau zaman dahulu kala...hujan2 memanglah susah untuk bergerak ke mana-mana...maklumlah...nak jumpa tempat yg berbumbung pon sukar kan?plus jalan yg berlopak2...dan tiadanya bekalan elektrik dan air seperti zaman moden nieh...
itulah rasionalnya sami perlu menetap di sesuatu tempat bagi memudahkan urusan...membolehkan mereka berlindung drpd hujan dan paling penting sekali ialah menggunakan masa tersebut untuk mendalami lagi ajaran Buddha dan menyebarkannya!

dan dalam tempoh ini juga, sami akan bertandang dari rumah ke rumah setiap pagi untuk "Bintakbath"...di mana, penganut agama Buddha akan membungkus nasi, lauk-pauk, buah-buahan dan juga bunga untuk disedekahkan kepada para sami...kerana...bagi kami amalan bersedekah merupakan satu amalan mulia...lebih2 lagi bila bersedekah dengan hati yang tulus dan ikhlas...dan mempunyai niat untuk melakukan kebaikan...dan ng rasa sangat bersyukur nah...kerana di tempat ng...sami dari Wat Boonyaram masih lagi mengekalnya...syukur sangat kerana masih diberi ruang dan peluang sebegini...

dan dalam tempoh ini...para sami disarankan supaya mendalami dan mempelajari tentang agama...dan mempraktikknya dalam kehidupan seharian...dan pada masa yang sama menyebarkannya kepada orang ramai...

dan ng juga mahu kongsikan tentang salah satu adat yang dilakukan sebelum masuk Phansa...iaitu upacara "Thawai Thean Phansa"...maklumlah baru2 ini...pada hari Jumaat yang lepas, 15 Julai ng ikuti rombongan ke 9 buah wat untuk "Thawai Thean Phansa"

"Thawai" maksudnya memberikan & menyembahkan..."Thean Phansa" pula ialah sebuah lilin yang besar dan panjang...berbeza daripada lilin2 yang lain...yang rata2nya kecil sahaja...dan lilin ini akan digunakan pada tempoh "Phansa"...kerana lilin ini akan dinyalakan di tempat beribadat sepanjang tempoh ini...

actually alkisahnya...dr zaman dlu2...kan tiada bekalan elektrik lagi..pelita or lampu pon hanyalah di sesetengah tempat saja...so hanya bergantung harap pada lilin la kan...cahaya daripada lilin ini membolehkan para sami mendalami dan membaca buku2 agama pada waktu malam...cahaya lilin ynag menerangi...jadi, memudahkan para sami untuk beribadah dan membuat ibadat...

oleh sebab itulah, tercetusnya adat ataupun upacara "Thawai Thean Phansa"
di mana penduduk kampung...akan membuat sendiri lilin ini...lilin yang besar dan panjang untuk disedekahkan kepada wat...kerana ia memberi banyak manfaat...khususnya kepada para sami... amalan menyedekahkan lilin ini diibaratkan sebagai suatu amalan sedekah yang diterangi dengan cahaya...kerana amalan ini dikatakan akan menyuluh dan menerangi kehidupan seseorang individu...

bagi agama Buddha...lilin simbolik cahaya kehidupan...kerana cahaya lilin diibaratkan medium yang membolehkan seseorang bertambah ilmu pengetahuan...jelas pendengaran dan tajam penglihatannya...mean mempunyai cahaya dan keterangan dalam menilai sesuatu perkara...menerangi kegelapan dan kemalapan...

okay...sekianlah sesi ilmiah...
hehe...ng mahu santai2 plak k!

nk coretkan tentang memori "Thawai Thean Phansa" tempoh hari...

biarlah gambar membicarakan...

kami pergi dengan menaiki bas...
ng naiki bas yang pertama...
lima buah bas semuanya...

kami pergi 9 buah wat, iaitu
Wat Lampam, Wat Nanai, Wat China, Wat Plai Mai, Wat Thung Prouk,  Wat Thung Kyai, Wat Dang Pleang, Wat Mai Son dan Wat Telok Wan Jah...

dan ini pasukan wat...
pemain alat2 muzik...yang basic...

sebelum "Thawai Thean Phansa"
akan mengelilingi bangunan tempat beribadat yang dipanggil "Bod" sebanyak tiga kali
budak2 perempuan di depan akan menari manakala budak2 lelaki akan memainkan alat muzik

ni antara bahan2 yang disedekahkan...
paling penting ialah "Pa Abnam Fon" persalinan kain yang berwarna oren...dan "Thean Phansa" lilin yang besar dan panjang...
yang lain2 sebagai pelengkap sahaja...
antaranya minyak, peralatan mandi, beras...dan so on...

setiap wat mempunyai design yang tersendiri...
cantik x?

bersiap sedia untuk upacara adat...dan sembahyang...


ini ialah dekorasi dalam bangunan...tepat beribadat...
lazimnya akan dilukis dengan gambar2 yang memaparkan kisah
pengasas agama Buddha...

sami memberi sedikit ceramah dan panduan kehidupan...
ng tertarik dengan kata-kata beliau...
yang mengatakan bahawa...
titipkan doa..berdoa dengan penuh niat...dan hati yang suci dan lapang...
mohon keberkatan...pada hari masuk Phansa
agar pahala2 yang dibuat...iaitu pahala "Thawai Thean Phansa 9 Wat"
supaya pahala ini akan menyuluh dan menerangi kehidupan...
pada hayat ini dan juga hayat2 mendatang...

really like this picture...
sangat comel...hihi
maklumlah tiga superhero ni membuat muka comel...

ng dan adik sepupu...
ng tanya adik...knapa senyum mcm tu...
dia kata...alaa...akak..
comel kan Sittha senyum mcm ni?
amboi2...sepupu yang sorang ni...
pandai bercakap sungguh...

gambar lagi...ehee...

ini Wat yang keempat...

ayah mengangkat "Thean Phansa" yang paling besar sekali semasa mengelilingi bangunan wat...
gilir2 ngn ayah saudara...
maklumlah berat...
around 20kg...

again...bersiap sedia untuk sembahyang...

bangunan wat lagi...

cantik kan! really felt in love with this design & building...

lilin yang besar & panjang...
inilah "Thean Phansa"


bersiap sedia untk sembahyang lagi...
seorang wakil...menyalakan dua batang lilin dan tiga batang colok...
selalunya wakil ialah orang lelaki dan berumur...
untuk menunjukkan rasa hormat...dan sebagai cth teladan yang baik...

pintu masuk wat kesembilan...
Wat Telok Wan Jah

salah satu bangunan beribadat di Wat Telok Wanjah


perarakan "Thean Phansa"

bersiap sedia untuk sembahyang...

pada hari tersebut...ng rasa sangat gembira dan sangat bersyukur...
kerana diberi ruang dan peluang untuk "Thawai Thean Phansa"
selepas banyak perkara yang berlaku dalam hidup...
ng harap "Phansa" tahun ini akan memberi sinar baru dlm hidup ng...
moga berkat pahala "Thawai Thean Phansa 9 Wat"
akan menyuluh dan menerangi kehidupan ng, keluarga ng dan semua makhluk di dunia ini...
satuk3x...

 maklumlah...sudah wat terakhir kan...
so ada sedikit masa untuk bergambar...

tadaaaaa...

salam sayang drpd Nong Nit Photiwong...
hidup ini indah...
senyum2 slalu nah!

my bro...Vik Rawat Photiwong...
org selalu tanya...kenapa dia gelap?
penangan Sunday la kot...hihihi

lalalala...
gaya apa ni adik oi?
curi2 snap...hihi...sukalah gambar ni!

with daddy...

mengantuk sudah ng...sekian saja coretan kali ini...

sawaddikah...

STATUS HATI: INNER PEACE...THANKS GOD...




























Saturday, July 9, 2016

Result Interview SPP

sawaddikah

entri kali nie ng mahu kongsi kegembiraan ng kepada semua readers!

ehee...
belum terlambat kan utk mencoret?

actually results SPP keluar pd 29 Jun...
tp hari ni...baru bersemangat dan berasa teruja utk membiarkan jari-jemari ini menari2 di atas keyboard...hehehehe

baiklah...
sebenarnya...ng mahu hiasi hidup...ngn perkara yg menggembirakan...
dan ksian si belog...asyik mendengar luahan ng y sob3x kan...
so apa kata...kita yay3x lak...

lagipun...tiada sesiapa yg mampu menggembirakan kita...dgn erti kata yg sebenar...
mlainkan diri sndri...
org lain hanya mampu utk support...dan pray supaya kita kuat...
selebihnya terlebih pada usaha sendiri tau!!
so...pls and pls...and pls...
banyak aih pls...
MUST baru tepat right?
MUST STRONG DEAR!!

alahai...panjang berjela lak mukadimah kali nieh...
baiklah...
back to main point k...regarding temu duga SPP...

yeah! SPP kata tahniah dekat ng...
ehee...berlinangan air mata kegembiraan...
sebabnya...ng bakal menjadi seorang pendidik tidak lama lagi...
seorang pendidik...yg akan mendidik anak bangsa!

terima kasih Tuhan...ng panjatkan kesyukuran kepadaMu...
terima kasih Tuhan...atas kurniaan ini...

dan pada kesempatan ini...
ng mahu hadiahkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak...
yang telah memberi sokongan, dorongan, kata-kata semangat kepada ng...
terima kasih ke atas segala bantuan dan pertolongan...
terima kasih kerana sentiasa berada di sisi ng...dan titipkan doa untuk ng...
terima kasih semua!!

syukur...
dan ng berasa sangat gembira dan bangga...
kerana...pada hari ini...
ng berjaya berada di titik ini...
akhirnya ng berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang pengkhususan Matematik Pendidikan Rendah...
dengan Ijazah kelas pertama...
dan kini...ng menerima tawaran pelantikan tetap...
jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41...

ng bersyukur...
terima kasih semua!

pabila ng menerima khabar berita ini...
si hati kecil mengatakan bahawa...
Nong Nit Photiwong...
inilah masanya...
sudah tiba masanya untuk kamu memulakan kehidupan baru...
start new life...
bukannya terperap dengan kisah2 lama...
another chapter of life...
dont keep rereading the previous chapter...
how hard your life was...
life must goes on...
and you MUST must on and move forward...

dear belog...
dear sweet corner...
ng tekad dan janji nah...
ng mesti sadokan hati kecil ini...
dan mulakan hidup baru...
jadi seorang pendidik yang berjiwa pendidik...

#road to be an educator#
#journey will begin#

hihi...
soalan famous...soalan lazim...
andai diberi pilihan posting...di mana ng pilih??

ahaaa...solan kbat ke x eh?
tapi...ng mahu menjawabnya dengan hati...
biar hati berbicara...
dan suara hati dizahirkan pd coretan ini...

actually...ng tidak kesah pon...walaupun ditempatkan di mana2...selangkah ng masuk dlm bidang ini...sbgai penjawat awam...ng harus sedia dan maklum bahawa khidmat ng diperlukan...utk komuniti...utk negara...semai hati dengan keikhlasan dlm melakukan sesuatu perkara...

tapi...jika diberi pilihan posting...
ng pilih LANGKAWI...
sebuah pulau yg terletak di negeri Kedah...



bila ditanya...kenapa eh?
ng pon tidak sure juga...
kerana banyak sebabnya...
eheee...

baiklah...ng list satu2 ya...
1...i love this place...aman damai dan tenang....
maklumlah...ng kan suka pulau...suka laut...
suka ketenangan...kedamaian...
lagi2 bila mata disajikan dengan kehijauan pokok2...kebiruan lautan...dan keindahan alam...rasa tenang...aman dan damai...
ng suka nature kah...
sangat suka...



ng selalu kata...alangkah bestnya kalo dapat sekolah di pinggir bukit, di tepi pantai atau pulau...
ataupun...
di tengah lautan mcm movie Teacher Diary!!



eheee...stiap org ada cita rasa...angan2 dan impian tersendiri right...

dan hal2 inilah yg menjadikan manusia unik!

2...mayb sebab tempat coklat...zone duty free lak...so mmg kayalah dgn coklat tg murah2 dan pelbagai jenis...nk milk, white or dark coklat...semuanya ada...
silalah pilih saja...
hihi...
tips! nk pujuk ng...bg coklat okay! I really love it...ahaaa

cukuplah...2 reasons...hihi


baiklah...
skian saja coretan ng pada kali ini...

ehee...nanti ng update pasal penempatan k!

sawaddikah...

STATUS HATI: HIDUP INI INDAH











Friday, July 8, 2016

Bicara Si Hati Kecil

sawaddikah...

dear si belog...
dear sweet corner...

si hati kecil mahu berbicara...
mahu luahkan rasa hati di sini...

semenjak dua menjak ini...ng rasa hati kembali tenat...
atau tenat dari dulu lagi...?

i'm so tired...
ng lelah kah...ng letih...
lelah ngan diri sendiri...dengan perasaan sendiri...
lelah dengan semuanya...
semuanya...

terasa mahu menangis...mahu menjerit...
tetapi tiada lagi titisan jernih dari tubir mata...
mahu menjerit sekuat hati...
tetapi terbisik di hati kecil...
dan kekal di sini...

lelahnya rasa...

walaupun secara zahirnya ng nampak okay...
tp deep inside...ng rasa tenat...

kenapa begini kah...
adakah kamu tidak kuat Nong Nit Photiwong?
apa sebenarnya yang kamu rasa?
semuanya bercampar-baur...

kuat ng kuat...
sabar ng sabar...
senyum utk diri...
untuk hari2 mendatang...
hanya satu ujian kehidupan ng...
ujian yg akan mendewasakan...
dan membuatkan kamu mengenali erti kehidupan...

janji pada diri...
move on...move forward...
and start new life!

Nong Nit Photiwong...
life is beautiful...
and good things ahead!

tanya pada hati...
ke arah manakah kamu mahu pandu kehidupanmu...
apa2 jua yang berlaku...
ambillah tindakan yg sewajarnya...
the right actions!

yes ng...
show life taht you have a thousand reasons to smile...

i hope so...
i hope...
this small heart...for the one 
who deserves it....

keep praying!

all the best in your life phi...
i love you and really do...
but...our love story met full stop...
we can't together...

dear God...bless him...and bless his life...
dear God...hug my heart tightly...

STRONG PLEASE NONG!


START NEW LIFE...
PROVE THAT...YOU ARE OKAY!

take time Nong...
perhaps...one day...it can become one again...


pls take notes Nong...


STATUS HATI: HUG MY HEART

Monday, July 4, 2016

Persembahan Nora @ Manora

sawaddikah...

entri kali ini...
ng mahu kongsikan tentang persembahan Nora @ Manora...
maklumkan di rumah ng ada upacara & persembahan Manora pada 29 Jun hingga 30 Jun...
hihi...
tapi baru berkesempatan untuk update...
busy kan Nong?
ehee...ya la kot...

kepada semua readers...
ng cuba cerita briefly k...tentang hal ini...
maklumlah...ng bukannya pakar sangat kalo bab adat2 ini...
tapi...ng akan kongsikan...
perkara yang ng ketahui melalui cerita2 turun-temurun and some reading tntng hal ini...

actually...
Nora atau Manora..merupakan salah satu tradisi orang Thai di negara Thailand...
dan tersebar luas...
jadi...tidak hairanlah jika nampak persembahan Manora di peringkat antarabangsa k!
mean go interlah...
dan tradisi ini juga diwarisi oleh masyarakat atau kaum Siam di Malaysia...

Manora atau Nora...adalah sebuah tradisi & budaya...
kiranya...salah satu simbolik dan identiti orang Thai...
merupakan sejenis tarian...sejenis persembahan...
dan pada masa yang sama juga...untuk tujuan upacara ataupun adat...
dan persembahan Nora ni...ada tarian...lagu2 puisi...yang klasik...
so perlulah hayati baik2 k...dan cuba memahaminya...
sebab disebaliknya memaparkan sebuah kisah or cerita...
yang memberikan pengajaran...teladan dan juga tauladan kepada semua!

eheee...bila cikgu maths berbahasa...boleh tahan juga noh...
gramatisnya! opppss...

baiklah...kembali serius...hihi

Manora or Nora famous di selatan Thailand...dan asalnya dari negeri Phattalung...daerah Barngkaew...for sure sebuah negeri di Thailand...dan based on reading...

kalau dari kisah dulu2...
di sebuah negeri...negeri Phatthalung...rajanya bernama Prakya Saifafard...baginda mempunyai seorang puteri yang bernama Nuan Porng Samlee atau dikenali sebagai Srimala...Srimala merupakan seorang gadis yang sangat cantik...dan  sememangkan hebat menari...memang berbakat dalam tarian...semasa di istana, dia tidak pernah keluar ke mana-mana...hanya di biliknya dan di istana sahaja hinggakan tiada mana-mana pemuda yang pernah melihat dan menatap wajahnya...

Pada suatu hari, Srimala dikhabarkan mengandung...dan apabila ayahandanya mengetahui tentang hal ini...beliau sangat murka kerana Srimala belum berkahwin dan berpendapat bahawa puterinya telah melakukan sesuatu di luar batas...faham2 la kan? ehee...actually Srimala tidak buat begitu pun...tup2...pregnant...
p/s: mohon jangan kecam saya...Nong tulis based on beberapa sumber k!

so...ayahanda tersangatlah murka...dan menghalau Srimala keluar dari negeri...Srimala dibawa oleh arus rakit hinggalah ke Kokyai (nama tempat k!)...so, Srimala stay di sana hinggalah melahirkan anak...dan anaknya seorang putera...diberi nama Thep Singhorn...Srimala telah melatih Thep Singhorn menari...hinggalah Thep Singhorn begitu berbakat dan hebat dalam tarian...Kehebatan Thep Singhorn tersebar luas...hinggalah sampai ke pengetahuan Prakya Saifafard...

Prakya Saifafard berhajat untuk menjemput Thep Singhorn ke istana...dan melihat tariannya...setelah memenuhi permintaan Srimala...Srimala meminta supaya kain putih diletakkan or ditebar (sorry nah...ng tidak sure which term paling tepat)...dari tempat sampan hinggalah ke istana...Srimala meminta begini kerana dia kecil hati sebab ayahandanya menghalaunya keluar dari istana suatu ketika dahulu...

oleh sebab mahu sangat lihat tarian Thep Singhorn, Prakya Saifafard memenuhi permintaan tersebut...dan baginda tidak tahu pun itu ialah permintaan Srimala...puterinya...dan baginda juga tidak tahu bahawa Thep Singhorn sebenarnya ialah cucunya...

so...pada hari2 yang dinanti-nantikan...Thep Singhorn mempersembahkan tarian Nora...dan pada masa itu, Prakya Saifafard begitu teruju melihat kehebatan...keindahan dan kecantikan tarian...malah, semua orang di istana juga begitu teruja melihatnya...oleh sebab begitu berkenan, baginda mengurniakan persalinan kepada Thep Singhorn....dan baginda bertitah bahawa "berpersalinan begini lebih cantik...sesuailah dengan kecantikan dan kehebatan tarian yang dipersembahkan"...dan pada akhir persembahan, akhirnya Thep Singhorn memaklumkan kepada Prakya Saifafard bahawa dia merupakan cucu...memberitahu bahawa dialah putera Srimala...dan sejak itu, Prakya Saifafard membenarkan tarian Nora & Manora di istana dan Thep Singhorn diberi hak dan layanan sebagai seorang putera raja...

begitulah alkisahnya!

p/s jika apa yg ng kongsikan kurang tepat or ada apa2 untuk ditambah...kindly pm ng k...boleh di ruangan chat bar or komen...supaya ng boleh improve lagi...TQSM...

baiklah...so tiba turn utk ng coretkan serba sedikit sal majlis adat dan persembahan Manora di rumah tempoh hari...

pertama...ng mewakili keluarga...ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami sama ada secara langsung dan tidak langsung sehingga semuanya berjalan dengan baik dan lancar...khop khun kah!!

kali ini...ng yang buat sendiri kad jemputan...around 330 keping kad saja...dan orang kampung ada yang just gtau mulut saja...sekrang kan...bukan dikatakan trend...tp kalo ada kad kn mudah...in case bila ke rumah...tiada tuan rumah...boleh kirim or pass saja...dan mudah utk budak2 gtau mereka parents mereka...kot2 lah masa pi...tiada parents diorang kn...hihi

feedback kat jemputan pon ada...
ramai yg mengatakan...

ni tempah kedai mana buat nieh? cute...dan ada kelainan...
hahaha...melambung2 la Nong...
ada orang puji...blushing sekejap! eh...hee

siap ada yg nk ng design n buat kad kawen utk diorang...
tp ng reject...sorry nah...hihi

sebab ng pon masih berjinak2 ngn Publisher...kurang teror lagi...
dan tidak terpikir lagi nk buat bisnes kad...
hihi...
tambah bisnes nanti pening pula...xmenang tangan pula...
cakap mcm busy memanjang...hihi

dan...tadaaa...
ini dinamakan rong Nora...
tempat upacara adat & persembahan Nora...
di luar rumah...
dan bumbung beratap...



simple decoration by Nong...
simple2 nice sudah kan?
bahagian atas...ng gantung burung & bintang kejora eh...
opss!
...n simple shape...
biasalah maths...mana boleh lari ngn shape2 kan...
hihi...shape apalah sgt...just triangle...love n star saja...

untuk tiang2 lak...ng balut dengan kertas mahjung...ng guna cellotape...supaya besi tidak rosak...kna guna skills skit kan...kalo gamkan...nti rosaklah besi2...
and then ng lilit dengan ribbon besar...
warna biru n merah...
sebab kt luar kan...so kalo hujan waktu malam...xla terkoyak kertas...
dan nampak shape2 tu...lebihan kertas yg ng buat "bai si"
so...alang2 terlebih lipat...tempek lah apa yg ada...
decoration juga kan!

maklumlah ng buat within 2 days...curi2 buat masa free...
plus demam, batuk & selsema...combo fever...hihi


tarian berpasangan...


inilah masa scene penglipur lara...
memaparkan kisah seseorang yg malas berusaha...
dan suka memberi alasan pabila melakukan sesuatu...

dan ini pula masa 30 Jun...
majlis adat...
dalam bahasa Thai...panggil "Sord Kreang"
di mana budak yang dilatih Manora...
apabila sampai suatu peringkat umur...
akan diadakan majlis adat dan dipakaikan pakaian Manora...

inilah pakaian...yang dipakai semasa menari Manora @ Nora...

dan ini adat setelah mengelilingi jalan "Rong Nora" sebanyak 3 kali...



ibu bapa budak menyerahkan dulang pakaian Manora kepada ketua adat...
selepas itu budak perlulah meminta restu daripada semua orang yang duduk di Rong Manora...

kemudian, budak akan ditukarkan pakaiannya dan dipakai pakaian Manora...



dipakaian pakaian Manora...

dan...selepas itu, budak perlulah menari Manora di hadapan Nora besar dan persembahkan tarian untuk tontonan...

dan ini antara step2 tarian yang Nong snap!














ada banyak step...
dan masa adik menari hari tu...kira lama la juga...
sejam lebih rasanya!

bukan hanya menari...tetapi perlu juga menyanyi lagu2 puisi...serta menyanyi lagu2 puisi sambil membuat tarian...


kali ni ng upload short video saja k...
ni part last sudah...
so part last tarian yg simple and step yg mudah saja...

video2 lain semuanya MB tinggi...maklumlah lama rakam kan...
nak upload dekat blog xboleh ecxeed 100MB...
nanti nong kongsi ya...

skian saja coretan kali ni...
letih sudah jari-jemari mengetuk papan keyboard...

sawaddikah...
salam sayang drpd Nong