sawaddikah...






Sunday, January 8, 2012

Khasiat Susu

sawaddikah...selamat pagi....gud monink...

rney bgn pagi...ng asa free kah...xtahu nk wat ape...so, smbl2 dngar lagu...ng pn bca info2 shat kah...mcm2 y ng baca kah...so. d sni ng ingn kongsi ngn rkn2 sume...artikel...sal kahsiat susu...cz amai kn antra kita y xminum susu...pdhal...susu mmg bgos untk kesihatan tbuh bdn kita...

ok...let go...mari kita kaji khasiat susu...

Susu sangat kaya dengan kandungan kalsium. Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang. Kalsium bergabung dengan fosforus untuk membentuk kalsium fostat yang merupakan bahagian penting dalam hidroksiapatit yang memberikan struktur dan menguatkan tulang.


Ia juga membantu dalam melindungi sel-sel usus besar dari bahan-bahan kimia yang memyebabkan kanser. Ia juga boleh mencegah migrain dan mengurangkan gejala PMS (Pre Menstrual Syndrome) untuk wanita.


Kalsium boleh mencegah obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan orang dewasa yang obes terutamanya mereka yang menghadapi masalah lebihan lemak di bahagian perut.


Kewujudan kalsium di dalam susu lembu menolong pengoksidaan lemak tubuh. Oleh sebab itu, ia mampu menurunkan kadar hormon paratiroid dan secara tidak langsung ia mampu mempertahankan hormon ini pada tahap yang lebih rendah.


Kalsium sebenarnya cukup bermanfaat melawan kanser payudara. Ia turut memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, kontraksi otot, mengawal tekanan darah dan fungsi mambran sel.


Susu juga mengandungi protien berkualiti tinggi. Jadi, tidak perlulah kita mempertikaikan lagi kepentingannya bagi tubuh kita.


Susu juga telah terbukti dapat meembantu melawan gout yang merupakan penyebab artritis.


Antara kandungan lain susu lembu ialah riboflavin (vitamin B2) dan vitamin B12. Kedua-dua jenis vitamin ini berfungsi dalam penghasilan tenaga dan melakukan tugas melindungi sistem kardiovaskular.


Kebaikan susu yang terakhir ialah ia mengandungi Vitamin B12 yang berperanan penting dalam penghasilan sel darah merah. Ini tentunya boleh mencegah anemia dan membantu pembangunan penuh sel-sel saraf. Selain itu, ia meningkatkan kebolehan sel untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protien.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.